Monday 21 July 2014

Kerjaya bersama COWAY

Assalammualikum w.b.t

Jika anda berminat untuk melakukan pemasangan Penapis Air COWAY
atau menjadi Helath Planner COWAY
Sila hubungi saya , Health Planner
Saffiyah 
PM 012-387 5531
Online application di seluruh negeri di Malaysia



Sumber artikel penuh DISINI

WANITA jika diberi peluang terbukti mampu mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada pendidikan, ekonomi atau pun politik. Bak kata pepatah, "tangan yang menggoncang buaian boleh menggegar dunia". Menyedari hal itu, syarikat berasaskan kesihatan dan alam sekitar dari Korea Selatan, Woongjin Coway memperkenalkan kerjaya sebagai Sistem Cody (Coway Lady) dan skim sewaan Coway (rental customer) pada tahun 1989.

Produk utamanya yang menggunakan jenama Coway adalah penulenan air yang bukan sahaja menduduki tempat pertama di Korea Selatan tetapi mempertahankan kedudukan itu sejak 19 tahun lalu. Lain-lain produk adalah pembersih udara dan bidet (penutup mangkuk tandas)

Cody adalah sistem kerjaya unik di mana petugas wanita berkenaan akan melawat rumah para pelanggan untuk memberi perkhidmatan penyelenggaraan dan jualan secara berjadual. Ternyata sambutan terhadap kerjaya itu amat menggalakkan. Sejak diperkenalkan dengan bilangan 90 Cody kini terdapat kira-kira 12,000 Cody di Korea Selatan. Pada 29 Mei 2006, ia melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan menubuhkan Woongjin Coway (M) Sdn. Bhd. dengan pelaburan sebanyak RM5.8 juta.Ternyata, pelaburan ini tidak sia-sia. Ini apabila 'kedatangannya' ke Malaysia berjaya menambat hati kira-kira 20,000 pelanggan ketika itu.

Kejayaan itu adalah hasil hubungan mesra atau moment of trust yang dijalin antara Cody dan para pelanggan. Barangkali populariti filem-filem Korea seperti Winter Sonata yang menjadi kegilaan sebahagian besar penonton televisyen negara turut 'mempengaruhi' sehingga 'menawan' 130 Cody yang ada setakat ini.
Bilangan pelanggan Cody juga semakin bertambah dari semasa ke semasa dan tidak hairanlah jika Pengarah Bahagian Luar Negara Coway, Jeong Yoon Jong menetapkan sasaran mempunyai 100,000 pelanggan skim sewa di Malaysia pada tahun 2011.

Beliau yakin ia boleh dicapai dengan syarat semua bekerja keras, menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan terbaik dan juga mempunyai produk berkualiti tinggi. Yoon Jong menyatakan demikian kepada rombongan lebih 100 wakil jualan syarikat dan wakil media yang dibawa melawat kilang-kilang pengeluaran produk Coway dan destinasi pelancongan di Korea Selatan, bulan lalu. Turut serta ialah Pengarah Urusan Woongjin Coway (M) Sdn. Bhd,. James Park Jae Young dan duta Coway di Malaysia iaitu penyanyi dan pelakon popular, Ifa Raziah serta penyampai radio saluran bahasa Cina, Sam Mak atau DJ Sam.

Rombongan dibawa ke ibu pejabat Coway di Seoul, melawat cawangan Cody di Ilwon, kilang penulenan air dan penulenan udara di Yugu yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari ibu negara Korea Selatan Bagaimanapun, mata terpukau melihat kecanggihan pusat Penyelidikan dan Pembangunan Coway iaitu Institut Teknologi Alam Sekitarnya yang terletak di National University of Seoul. Institut itu mempunyai 250 pekerja dengan lebih 190 peralatan canggih. Ia menjalankan lebih 3,000 ujian berkaitan alam sekitar setahun. Malah, setiap tiga bulan sekali, sampel air dari beberapa kawasan di Malaysia dihantar ke institut ini untuk kajian. Dari situlah, Coway melabur dalam aspek penulenan air di Malaysia.

Satu lagi fakta menarik tentang Sistem Cody adalah ia memberi peluang kepada wanita terutamanya ibu tunggal memperoleh pendapatan. Malah, jika rajin dan komited hasil komisennya boleh mencecah RM2,000 ke RM4,000 sebulan. Salah seorang Cody, Alice Shuhaily Sharani, 29, mengakui tertarik dengan kerjaya itu selepas melihat kualiti produk Coway. "Sebelum menyertai Cody, saya memang menggunakan produk pembersih udara iaitu Lombok yang dilengkapi penapis katalisis anti bakteria," katanya yang kawasan perkhidmatannya adalah Petaling Jaya, Selangor.

Menyertai Cody pada Januari lalu iaitu selepas tamat latihan teori dan amali, Alice kini yakin mampu memperoleh pendapatan yang menarik. Katanya, bulan lalu beliau berjaya menjual lima unit peralatan Coway dan walaupun tidak banyak membuat servis bulan lalu kerana masih baru tetapi pendapatan yang bakal diperolehi dijangka adalah sekitar RM4,000. "Paling utama, saya sukakan kerjaya ini kerana dapat bertemu dengan pelbagai pelanggan. Lagi pun, sebelum ini saya terlibat dalam bidang jualan," jelasnya.

Rakannya, Nabilla Zainal Abidin, 21, pula diperkenalkan dengan kerjaya itu melalui rakan yang menjadi Coway Health Planner (HP). Katanya, pemilihan kerjaya itu dibuat kerana waktu kerjanya yang fleksibel di mana pertemuan dengan pelanggan boleh diatur mengikut kesesuaian. "Pada bulan kedua bertugas sebagai Cody saya membuat servis kepada 80 pelanggan dan pendapatannya juga boleh dikatakan lumayan.
"Paling utama sebagai Cody, saya boleh bertugas di kawasan tempat tinggal sendiri," katanya yang kawasan perkhidmatannya adalah Gombak, Selangor.

Seorang lagi Cody, Eng Ee Von, 25, menyertai kerjaya itu pada September 2009 selepas berhenti kerja sebagai jurujual di pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Katanya, kerjaya itu turut menawarkan insentif iaitu elaun RM1,000 apabila lulus latihan dan ujian. Selepas itu, Coway terus memberi bantuan kewangan RM500 sebulan pada bulan kedua dan ketiga. Pada bulan keempat hingga keenam, mereka diberi elaun RM300 sebulan untuk membantu memulakan tugas.

"Pada masa yang sama, kami juga mendapat elaun petrol iaitu RM200 sebulan selain elaun telefon yang jumlahnya bergantung kepada panggilan yang dibuat. "Pada saya, kerjaya ini boleh memperolehi lebih wang. Apabila kita memberi perkhidmatan yang baik, pelanggan selalunya akan menambah produk lain di rumah mereka," jelasnya yang kawasan perkidmatan adalah di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Woongjin Coway, Hong Joon Gi berkata, pihaknya yakin produk keluaran Coway akan mendapat tempat di hati para pelanggan.

Lebih-lebih lagi, kesedaran tentang kesihatan dan keperluan udara bersih yang semakin meningkat di kalangan masyarakat sekarang. Katanya, produk penulenan udara jenis Dolomities Ap-1008CH pula dilengkapi penapis 'Anti-Flu' yang mempunyai bahan pensteril semulajadi yang berupaya menghapuskan 99.9 peratus virus influenza A (H1N1). "Mereka yang pentingkan penjagaan kesihatan dan mahukan standard tinggi untuk keperluan peribadi adalah pelanggan sasaran kita," katanya pada sidang akhbar kepada rombongan kira-kira 20 wakil media di ibu pejabatnya di Seoul, baru-baru ini.

Ditanya misinya di Malaysia, Joon Gi yakin pihaknya mampu duplicate skim sewaan peralatan kesihatan di Korea kepada negara ini. "Saya harap akhir tahun ini kita dapat melihat hasilnya. Tetapi saya yakin, kita akan berjaya kerana pelanggan dan Malaysia sudah bersedia," katanya. Skim sewaan Coway menawarkan pelanggan mendapatkan produk mereka pada kadar sewa serendah RM70 sebulan. Ini termasuk produk sanitasi, penukaran alat penapis secara berkala dan perkhidmatan selepas jualan. Tempoh minimum adalah dua tahun dan maksimum lima tahun.

Antara kelebihan skim ini adalah:
Pelanggan tidak perlu membayar lain-lain perkhidmatan kecuali sewa bulanan.
Selepas lima tahun, produk tersebut akan menjadi milik pelanggan.
Pelanggan boleh memohon penukaran model baru produk selepas tempoh lima tahun tanpa caj pendaftaran.
Pelanggan boleh mengekalkan servis premium dengan menyertai Program Keahlian Servis. Bagi Keahlian Premium, harganya adalah 30 ke 40 peratus lebih rendah daripada kadar sewa.
Bagi keahlian biasa, percuma penukaran penapis dan alat ganti (berharga kurang RM50) dan harganya adalah 60 ke 70 peratus rendah daripada kadar sewa.

No comments:

Post a Comment