Saturday 7 July 2018

Masalah air conditioning rumah




Nak share pasal aircond dan kesihatan anak

Kisahnya bermula sejak saya mula berpindah ke rumah sewa lain (ada 2biji aircond lama) , sejak duduk rumah tu memang kerap saya dan anak jatuh sakit (sesak nafas,gatal2 mata,hidung tersumbat,bersin setiap kali tidur dlm bilik,tp bila tidur bawah kipas di ruang tamu, ok jer xde masalah).

Dalam sebulan 3,4 kali ke klinik sampai doktor pun perasan.

Suatu hari di musim panas, terpaksa tidur dlm bilik aircond tu sebab anak berpeluh n rasa bahang bila tidur bawah kipas... hari2 sepanjang musim panas sampailah saya dan anak kena sedut gas nebulizer... baru la saya sedar kenapa selama ni saya dan anak sering sakit(alah pada habuk rupanya, sedut udara yg tak bersih dan mengndungi bakteria).

⚠️⚠️⚠️PERKARA YANG SAYA INGIN SAMPAIKAN ADALAH PENTING, IBUBAPA JANGAN AMBIL MUDAH⚠️⚠️⚠️

Suatu ketika, anak kelihatan tak aktif dan saya terlalu risau terus bawa berjumpa doktor, rupa2 nya anak alami sesak nafas/nafas laju(saya kurang pasti) tapi doktor terus arahkan anak kena sedut gas nebulizer tu (sblm ni tak pernah pun, dan anak tak de asma ) 

Saya : Kenapa tiba2 anak jadi macam ni ye? kerap bersin ,selesama,demam,sakit mata gatal2 dan baru2 ni nafas mcm susah(time tu doktor ajar tengok dada anak turun naik laju),apa puncanya ye?

doktor mula la siasat,tanya macam2 latar belakang,gaya hidup semua tu.

doktor : Ada tidur dalam aircond?( sebab aircond merupakan salah satu punca masalah berkaitan paru2)

saya : haah..memang tidur dlm aircond..kenapa bahaya ke tidur aircond?

doktor : Sebenarnya tidur aircond lebih baik drpd tidur bawah kipas sebab udara yg dikeluarkan aircond sdh ditapis melalui filter . Yang menjadi masalah apabila aircond tidak di service dan menjadi tempat berkumpulnya bakteria.Angin yg dikeluarkan aircond dipenuhi bakteria dan kita sedut. Bagi kanak2 , antibodi mereka rendah dan mudah terkena pelbagai penyakit yg dibawa oleh BAKTERIA DALAM UDARA.

***Jika dibiarkan terlalu lama , mudah mendapat penyakit2 seperti PNEUMONIA & BRONCHOLITIES yg lebih serius.

Aircond perlulah di service paling lama pun setahun sekali walaupun ia masih sejuk kerana Coil Evaporator yang ada dalam unit indoor aircond dipenuhi dengan habuk yang mengumpul segala debu & bakteria. Dan udara itulah yang kita sedut dan masuk dalam paru-paru kita & lebih bahaya anak-anak.

So ibubapa, panggillah pakar aircond jika aircond anda lama tidak di service, ntah2 anda tak ingat pun bila last tarikh anda servicekan.

Kesimpulan drpd kisah ini : UDARA YG BERSIH SGT DIPERLUKAN DEMI MENJAMIN KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA.



No comments:

Post a Comment