Sumber : Sinar Harian
SEGAMAT - Penduduk di beberapa taman perumahan di sekitar Paya Pulai
dan Pogoh, di sini, mendakwa kehidupan harian mereka terjejas apabila
kualiti bekalan air di kawasan mereka merosot dan berubah warna menjadi
kemerah-merahan.
Penduduk, Firdaus Masod, 40, berkata, masalah itu semakin ketara sejak kebelakangan ini dan merisaukan penduduk setempat terutamanya untuk kegunaan makan dan minum kerana bimbang kekesihatan mereka terjejas.“Saya sendiri tak berani guna air paip seperti ini untuk mandi dan minum.“Isteri saya pula tidak boleh mencuci pakaian menggunakan air ini dan terpaksa menghantar ke dobi bagi mengelakkan pakaian yang dibasuh rosak atau bertukar warna,” katanya.
Menurutnya, selain itu, mesin basuh penduduk di kawasan terlibat juga mungkin rosak jika menggunakan sumber air berkenaan untuk membasuh baju akibat keladak dan mendapan yang dibawa melalui air paip tersebut.
Firdaus berkata, dia yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air berkenaan mengakui masalah tersebut menjejaskan kehidupan sehariannya dan meminta tindakan pihak bertanggungjawab bagi mengatasi masalah itu.“Saya juga telah membuat laporan kepada pihak Syarikat Air Johor Holding (SAJH) dan mereka mendakwa tiada kebocoran paip di kawasan berhampiran namun berjanji untuk menyiasat perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Segamat (MDS), Lam Yong Hong berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai masalah berkenaan dan ia telah dibawa ke pengetahuan pihak SAJH Segamat.“Mereka mendapati punca bekalan air kurang memuaskan ini disebabkan kerja menaik taraf jambatan di kawasan berkenaan dan ada saluran paip pecah ketika kerja dilakukan. Kerja pembaikan juga telah dilakukan,” katanya.
Penyelesaian untuk anda, penapis air mungkin boleh membantu seisi keluarga
Kini anda mempunyai lebih banyak pilihan model penapis air Coway. Produk terbaik dengan service berkala terbaik
Agent Sales Coway
Whatapps 012-3875531